Yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Sumber Manusia anjuran program bimbingan Akademi AQSA
Program ini adalah sebuah program bimbingan (bukan tolong buatkan) anjuran Akademi AQSA dengan bagi membantu pekerja, sebelum mendaftar untuk mendapatkan Pengiktirafan Kemahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
SKM diiktiraf oleh industri di Malaysia
SKM menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
SKM berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.
Perbezaan ketara adalah program ini adalah program Diploma SKM bagi mereka yang pengalaman kerja sahaja dan bukannya program belajar. Bagi yang ada pengalaman, mereka tidak perlu masuk kelas dan hadapi exam, hanya perlu penilaian dokumen-dokumen permohonan oleh pegawai JPK. SKM yang akan dianugerahkan adalah bernilai sama dengan pelajar SKM. Oleh itu ianya dinamakan Sijil Kemahiran Malaysia dengan kaedah Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT).
Program ini mensasarkan golongan pekerja yang sudah mahir bagi mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi dengan membantu mereka untuk mendapatkan persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dengan kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Kaedah ini mula diperkenalkan sebagai salah satu kaedah Persijilan Kemahiran Malaysia pada 13 September 1996 bertujuan memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir negara di mana kaedah ini menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat di mana proses ini dapat membantu individu untuk menilai dan membina pembelajaran yang mereka telah perolehi secara formal atau tidak formal.
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ataupun dahulu dikenali sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.

Syarat minimum bagi menyertai SKM-PPT, calon-calon…
SIAPAKAH YANG BOLEH MEMOHON?
Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tanpa mengambil kira bila, bagaimana dan di mana ianya diperolehi sama ada melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup ataupun latihan (formal atau tidak formal).
SIAPAKAH YANG LAYAK DI BERI PENGIKTIRAFAN?
Semua pekerja industri dari sektor perkhidmatan dan pembuatan yang memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan.
Pekerja industri yang layak akan dianugerahkan Sijil sehingga tahap tertinggi mengikut bidang masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS).
Kami memberikan khidmat bimbingan bagi membimbing peserta yang ingin memohon dengan kaedah SKM-PPT ini, kaedah yang mengikut format dan betul bagi membangunkan dokumen-dokumen yang akan disemak oleh pegawai JPK. Di dalam perkhidmatan kami, kami akan melaksanakan yang berikut iaitu:
Bidang yang hendak diambil adalah bidang yang mengikut pengalaman sedia ada. Hubungi kami jika hendak mengetahui kesesuaian bidang yang anda boleh ambil.
Anda boleh membuat semakan di Daftar NOSS yang boleh dimuat turun di https://www.dsd.gov.my/ms/perkhidmatan/standard-kemahiran-pekerjaan-kebangsaan-noss bagi menyemak bidang yang sesuai dengan pengalaman anda atau hubungi kami bagi membuat semakan secara percuma.





Kursus Online Yang Diadakan Pada 2024

Kursus Online Yang Diadakan Pada 2025

Gambar bersama pimpinan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, cawangan Putrajaya

Gambar perbincangan bersama pimpinan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, cawangan Putrajaya

Gambar calon bimbingan sedang dibimbing membuat pembentangan



Taklimat di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, cawangan Kedah

Gambar bersama peserta taklimat di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, cawangan Kedah

Gambar sedang membuat taklimat di pejabat SUK Perlis

Gambar masa calon bimbingan berjumpa Pegawai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk penilaian dokumen

Gambar bagi calon bimbingan tajaan MARA semasa sedang dibimbing menyiapkan dokumen permohonan



Gambar bimbingan utk peserta yang mengambil Diploma in Mutawwif & Umrah Management

Contoh diploma akan diberi selepas ini
Bayaran perkhidmatan pada tahun ini selepas diberi Dermasiswa (Sponsor) adalah hanya RM650 SAHAJA (Tidak termasuk Bayaran Kerajaan – Jika hendak tahu bayaran kerajaan boleh hubungi kami untuk malumat lanjut) di mana bagi mendaftar bagi mendapatkan tarikh-tarikh yang dicadangkan hendaklah membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM200 kepada kami dan baki boleh dibayar sebelum kursus.
© 2025 Akademi Quran dan Sains Antarabangsa Sdn. Bhd. (202201002968). All rights reserved. Designed by TEMU