KINI ANDA BERPELUANG MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN KEMAHIRAN DI TAHAP DIPLOMA

Yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Sumber Manusia anjuran program bimbingan Akademi AQSA

Program ini adalah sebuah program bimbingan (bukan tolong buatkan) anjuran Akademi AQSA dengan bagi membantu pekerja, sebelum mendaftar untuk mendapatkan Pengiktirafan Kemahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

 

APAKAH SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)?

SKM diiktiraf oleh industri di Malaysia

SKM menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.

SKM berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

PERBEZAAN KAEDAH MENDAPATKAN SKM”

Perbezaan ketara adalah program ini adalah program Diploma SKM bagi mereka yang pengalaman kerja sahaja dan bukannya program belajar. Bagi yang ada pengalaman, mereka tidak perlu masuk kelas dan hadapi exam, hanya perlu penilaian dokumen-dokumen permohonan oleh pegawai JPK. SKM yang akan dianugerahkan adalah bernilai sama dengan pelajar SKM. Oleh itu ianya dinamakan Sijil Kemahiran Malaysia dengan kaedah Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT).

APAKAH SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DENGAN KAEDAH PENTAULIAHAN PENCAPAIAN TERDAHULU (SKM-PPT)?

APAKAH SKM-PPT

Program ini mensasarkan golongan pekerja yang sudah mahir bagi mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi dengan membantu mereka untuk mendapatkan persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dengan kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

APAKAH PPT

Kaedah ini mula diperkenalkan sebagai salah satu kaedah Persijilan Kemahiran Malaysia pada 13 September 1996 bertujuan memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir negara di mana kaedah ini menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat di mana proses ini dapat membantu individu untuk menilai dan membina pembelajaran yang mereka telah perolehi secara formal atau tidak formal.

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ataupun dahulu dikenali sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.

CONTOH DIPLOMA


SYARAT PERMOHONAN

Syarat minimum bagi menyertai SKM-PPT, calon-calon…

Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Mempunyai pengalaman
Had umur minimum – 21 tahun. Had umur maksimum – tiada

SIAPAKAH YANG BOLEH MEMOHON?

Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tanpa mengambil kira bila, bagaimana dan di mana ianya diperolehi sama ada melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup ataupun latihan (formal atau tidak formal).

SIAPAKAH YANG LAYAK DI BERI PENGIKTIRAFAN?

Semua pekerja industri dari sektor perkhidmatan dan pembuatan yang memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan.

Pekerja industri yang layak akan dianugerahkan Sijil sehingga tahap tertinggi mengikut bidang masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS).

CARA PENILAIAN

 

Tiada kuliah
Tiada peperiksaan
Hanya penilaian dokumen oleh pegawai yang di lantik oleh JPK

 

PERKHIDMATAN KAMI

Kami memberikan khidmat bimbingan bagi membimbing peserta yang ingin memohon dengan kaedah SKM-PPT ini, kaedah yang mengikut format dan betul bagi membangunkan dokumen-dokumen yang akan disemak oleh pegawai JPK. Di dalam perkhidmatan kami, kami akan melaksanakan yang berikut iaitu:

Menyediakan file seperator yang mengikut format Kerajaan.
Kursus bimbingan bagi membangunkan dokumen-dokumen permohonan selama 4 hari (4 jam sahaja sehari) secara atas talian.
Bimbingan berterusan melalui whatsapp dan email sehingga lulus.
Membantu mebuat penilaian kelayakan kepada peserta untuk padankan bidang yang dimohon.
Kursus bimbingan membuat portfolio dan kertas kerja mengikut format kerajaan.
Menyediakan borang2 yang di minta kerajaan.
Mendaftarkan calon kepada kerajaan.
Bimbingan berterusan hingga siap oleh Jurulatih yang mahir dan berkelayakan.

 

BIDANG

Bidang yang hendak diambil adalah bidang yang mengikut pengalaman sedia ada. Hubungi kami jika hendak mengetahui kesesuaian bidang yang anda boleh ambil.

Anda boleh membuat semakan di Daftar NOSS yang boleh dimuat turun di https://www.dsd.gov.my/ms/perkhidmatan/standard-kemahiran-pekerjaan-kebangsaan-noss bagi menyemak bidang yang sesuai dengan pengalaman anda atau hubungi kami bagi membuat semakan secara percuma.


KAEDAH PENILAIAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM) = SKM 4

PENGIKTIRAFAN KERAJAAN

 

 

TEMPOH MASA PROGRAM

GALERI GAMBAR

Kursus Online Yang Diadakan Pada 2024

Kursus Online Yang Diadakan Pada 2025

Gambar bersama pimpinan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, cawangan Putrajaya

——————–

Gambar perbincangan bersama pimpinan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, cawangan Putrajaya

——————–

Gambar calon bimbingan sedang dibimbing membuat pembentangan

——————–

Taklimat di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, cawangan Kedah

——————–

Gambar bersama peserta taklimat di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, cawangan Kedah

——————–

Gambar sedang membuat taklimat di pejabat SUK Perlis

——————–

Gambar masa calon bimbingan berjumpa Pegawai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk penilaian dokumen

——————–

Gambar bagi calon bimbingan tajaan MARA semasa sedang dibimbing menyiapkan dokumen permohonan

——————–

Gambar bimbingan utk peserta yang mengambil Diploma in Mutawwif & Umrah Management

 

Contoh diploma akan diberi selepas ini

TARIKH KURSUS CADANGAN

  • 4, 5, 11 & 12 APRIL 2026
  • 6, 7, 13 & 14 JUN 2026
  • 8, 9, 15 & 16 OGOS 2026
  • 3, 4, 10 & 11 OKTOBER 2026
  • 5, 6, 12 & 13 DISEMBER 2026

BAYARAN PERKHIDMATAN

Bayaran perkhidmatan pada tahun ini selepas diberi Dermasiswa (Sponsor) adalah hanya RM650 SAHAJA (Tidak termasuk Bayaran Kerajaan – Jika hendak tahu bayaran kerajaan boleh hubungi kami untuk malumat lanjut) di mana bagi mendaftar bagi mendapatkan tarikh-tarikh yang dicadangkan hendaklah membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM200 kepada kami dan baki boleh dibayar sebelum kursus.

© 2025 Akademi Quran dan Sains Antarabangsa Sdn. Bhd. (202201002968). All rights reserved. Designed by TEMU